TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersalam dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir sempena Majlis Kesyukuran YAB Ketua Menteri di kediamannya di Kampung Serusup, di Tuaran, pada Jumaat.

Yang turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.

Selain dihadiri semua jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dan penduduk dari kawasan DUN berkenaan, majlis itu turut dihadiri oleh beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antaranya ADUN Labuk, Datuk Samad Jambri yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar; ADUN Dilantik yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun; ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya; dan ADUN Dilantik, Datuk Haji Abdul Kassim Razali.-pr/BNN