PBS Kota Marudu masuk Warisan

0
794
Loretto (berdiri empat dari kiri, barisan depan) bersama Sarapin (berdiri empat dari kanan, barisan depan) dan bekas ahli PBS.

KOTA KINABALU: Sebahagian daripada pemimpin Parti Bersatu Sabah dari kawasan parlimen Kota Marudu memilih Parti Warisan Sabah sebagai wadah perjuangan yang baru hari ini.

Mereka diketuai mantan YB Matunggong, Sarapin Magana yang memegang jawatan sebagai ahli majlis tertinggi PBS Pusat dan Ketua Bahagian PBS Matunggong sebelum ini.

Borang keahlian mereka diserahkan kepada YB Loretto Padua selaku Setiausaha Agung Parti di ibu pejabat Parti Warisan Sabah, Kolombong.-pr/BNN