KUALA LUMPU:  Datuk Mohd Nazri Abdullah merakamkan ucapan tahniah kepada sahabatnya, Y.Bhg Tuan Janagarajan A/L A M Mariappan atas pelantikan sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Malaysia.

Beliau menyifatkan pelantikan itu sebagai satu pencapaian membanggakan dan yakin pengalaman serta dedikasi Janagarajan dalam perkhidmatan awam akan menjadi aset penting kepada SPP.

Menurut Datuk Mohd Nazri, beliau pernah bekerjasama rapat dengan Janagarajan ketika berkhidmat di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK), di mana Janagarajan sentiasa menunjukkan komitmen tinggi, profesionalisme serta integriti dalam menjalankan amanah yang diberikan.

“Pengalaman luas dan dedikasi beliau dalam perkhidmatan awam pastinya memberi nilai tambah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Mohd Nazri turut mendoakan agar Janagarajan terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memikul tanggungjawab baharu tersebut demi memperkasa sistem pendidikan negara.

“Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya,” katanya.-BNN