KENINGAU:  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sandapak membentuk barisan jawatankuasa baharu bagi sesi 2026 bagi memperkukuh pengurusan pembangunan serta menyelaras program kemasyarakatan dan kebajikan penduduk setempat.

Bagi sesi kali ini, Nicole Mikat dilantik sebagai Pengerusi, manakala Jaklin Bilulan sebagai Setiausaha.

Turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa biro ialah Deanson Elligius (Biro Infrastruktur dan Kemudahan Awam), Geoffrey Daigo (Biro Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan), Mohan @ Hendry Mohan Nair (Biro Ekonomi, Inovasi dan Kreativiti), Cyril Liau (Biro Belia, Sukan dan Kesukarelawanan), Roseline Gani (Biro Keluarga, Wanita dan Kebajikan) serta Jefferinus @ Udak Jitoh (Biro Spiritual, Infostruktur dan Komunikasi).

Penubuhan jawatankuasa baharu itu diharap dapat memperkukuh kerjasama penduduk dalam menangani isu pembangunan kampung selain menjadi penghubung antara masyarakat dengan agensi kerajaan bagi memastikan keperluan komuniti terus diberi perhatian.-pr/BNN