KENINGAU: Koperasi Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran Sabah Berhad (KO-PELAJARAN) Bahagian Keningau akan mengadakan Mesyuarat Agung Bahagian Tahun 2026 pada 30 Julai 2026 ini di Bilik Mesyuarat Taman Bandukan Riverside Resort, di sini.
Setiausaha KO-PELAJARAN Bahagian Keningau, Haji Yazid Haji Mohd Hasnan Tawik @ Charles, berkata mesyuarat yang akan bermula jam 9 pagi itu merupakan platform penting bagi anggota mendapatkan maklumat terkini mengenai prestasi dan hala tuju koperasi serta membincangkan perkara berkaitan kepentingan ahli.
Beliau berkata, pendaftaran peserta akan bermula pada jam 8.30 pagi dan semua anggota bahagian dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat berkenaan.
“Kehadiran dan penglibatan aktif ahli amat penting bagi memastikan koperasi terus berkembang serta memberi manfaat kepada seluruh anggota,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, sebagai penghargaan kepada anggota yang hadir, setiap ahli yang layak akan menerima saguhati RM300 yang akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing mengikut syarat dan ketetapan yang ditetapkan koperasi.
Mesyuarat itu diadakan selaras dengan peruntukan Akta Koperasi 1993 dan Undang-Undang Kecil KO-PELAJARAN.-pr/BNN





