SELANGOR : Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Haji Aman hari ini melakukan lawatan ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan, MAHA 2026.
Pameran MAHA itu diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di Serdang Selangor.
Berada di Pusat Pameran terbesar itu untuk menyertai sebahagian dari lawatan Tun Musa termasuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia Datuk Mohamad Sabu dan Timbalannya Datuk Chan Foong Hin dan Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Seri Isham bin Ishak.
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar dan Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Ts Haji Jiffrin bin Haji Mohammad serta dua orang Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Puan Sharifah bte Jap dan Puan Maria David mengiringi Tun Musa sepanjang lebih tiga jam lawatan ke pelbagai lokasi pameran.
Pameran selama sepuluh hari itu akan berakhir esok.-pr.BNN





