KAMPONG Lanting, Kabajang Beaufort: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sabah mengalu-alukan pelantikan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah, Datuk Mohd.Nazri Abdullah berkata, Hajiji merupakan pemimpin yang berkarisma dan paling layak menyandang jawatan itu.
“Ahli-ahli peladang di Sabah mengalu-alu pelantikan Hajiji dan yakin beliau mampu membawa perubahan dan pembangunan untuk rakyat dan negeri Sabah.
“Dengan hubungan yang baik antara Kerajaan Gagasan Rakyat Sabah yang dipimpin oleh Hajiji dengan Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekonomi Sabah akan melonjak yang akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negeri”, katanya.
Nazri berkata demikian ketika mengulas pelantikan Hajiji yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebagai Ketua Menteri Sabah.
Beliau mewakili PPN dan ahli-ahli peladang Sabah merakamkan ucapan tahniah kepada Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman diatas pelantikan itu.-pr/BNN