KOTA KINABALU:Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 319 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 21,767 kes. Hari ini satu (1) kes kematian dicatatkan iaitu di Daerah Tawau. Takziah kepada keluarga yang terlibat.
Pada hari ini, seramai 543 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,900 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 714 orang di hospital dan 2,186 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 69 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di Daerah Kota Kinabalu iaitu:
(i) Kluster Teluk mencatatkan sebanyak 30 kes berkaitan dengan pekerja
tapak pembinaan di Teluk Likas.
Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,010 katil. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah sebanyak 5,541 katil menjadikan jumlah keseluruhan 6,551 katil. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 44.26%.
PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI KG PENGARABAN, KG TANJONG KAPOR DAN KG LANDUNG AYANG, KUDAT
Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di tiga (3) lokaliti iaitu Kg Pengaraban, Kg Tanjong Kapor dan Kg Landung Ayang, Kudat bermula 30 Oktober 2020 sehingga 12 November 2020.
Sehingga 11 November 2020, KKM telah melakukan sebanyak 14,906 saringan kepada penduduk di kawasan ini dan masih terdapat kes aktif di ketiga-tiga lokaliti ini iaitu Kg Pengaraban (21 kes aktif), Kg Tanjung Kapor (10) dan Kg Landung Ayang (54).
Pada masa yang sama, terdapat sejumlah besar sampel ujian saringan yang masih menunggu keputusan.
Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju supaya PKPD di Kg Pengaraban, Kg Tanjong Kapor dan Kg Landung Ayang dilanjutkan untuk tempoh dua (2) minggu lagi iaitu bermula 13 November sehingga 26 November 2020.
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGURUSAN SUMBANGAN DAN BANTUAN DARIPADA BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO), SYARIKAT SWASTA, PEMIMPIN MASYARAKAT DAN ORANG PERSENDIRIAN
Kerajaan negeri mengalu-alukan sumbangan daripada semua NGO, syarikat swasta, pemimpin masyarakat dan orang persendirian. Kerajaan Negeri telah membangunkan SOP yang akan diselaraskan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran).
Bagi tujuan tersebut, penyumbang yang berada di negeri Sabah hendaklah memaklumkan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum penyampaian sumbangan/bantuan.
Manakala, bagi penyumbang dari luar negeri Sabah, sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum penyampaian sumbangan/bantuan.
Bagi penyumbang/individu dari luar Negeri Sabah WAJIB mendapatkan kelulusan khas masuk ke negeri ini sebelum memasuki negeri Sabah daripada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan. Disertakan SOP Pengurusan Sumbangan dan Bantuan seperti di Lampiran.
BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)
Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar berjalan lancar. Sehingga hari ini, sebanyak 160,962 bakul makanan telah diagihkan.
LAPORAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR), PENGUATKUASAAN PERAIRAN SABAH, SANITASI DAN HEBAHAN UMUM INFO ON WHEELS
Sebanyak 67 SJR telah dilaksana melibatkan pemeriksaan 53,162 kenderaan.Daripada jumlah tersebut, 119 buah kenderaan diarah berpatah balik manakala 30 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP COVID-19. PDRM juga telah melaksanakan 69 hebahan melalui kereta peronda. Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP PKPB ialah 97.65%.
Tiga Daerah mencatatkan kadar pematuhan yang tinggi iaitu Kinabatangan (99%), Sipitang (99%) dan Kota Kinabalu (98.63%). Manakala tiga daerah yang mencatatkan kadar pematuhan yang terendah iaitu Semporna (95%), Kota Belud (96%), dan Ranau (96%).
Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin yang melibatkan 41 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 20 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah melaksanakan sanitasi di 12 premis di tujuh (7) buah daerah iaitu Semporna, Beluran, Kota Kinabalu, Penampang, Kota Marudu, Kinabatangan dan Tawau.
Hebahan umum Info On Wheels Jabatan Penerangan Sabah mengenai pematuhan SOP, amalkan 3W, elakkan 3C dan pembudayaan norma baharu telah dilaksanakan di 86 lokasi di 15 buah daerah. Hebahan dibuat dalam empat (4) bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin, Bahasa Kadazan dan Bahasa Bajau.
Kerjasama padu daripada semua pihak amat penting dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.
Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di Daerah Kota Kinabalu iaitu: (i) Kluster Teluk mencatatkan sebanyak 30 kes berkaitan dengan pekerja tapak pembinaan di Teluk Likas.
Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,010 katil. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah sebanyak 5,541 katil menjadikan jumlah keseluruhan 6,551 katil. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 44.26%.
PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD) DI KG PENGARABAN, KG TANJONG KAPOR DAN KG LANDUNG AYANG, KUDAT
Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di tiga (3) lokaliti iaitu Kg Pengaraban, Kg Tanjong Kapor dan Kg Landung Ayang, Kudat bermula 30 Oktober 2020 sehingga 12 November 2020.
Sehingga 11 November 2020, KKM telah melakukan sebanyak 14,906 saringan kepada penduduk di kawasan ini dan masih terdapat kes aktif di ketiga-tiga lokaliti ini iaitu Kg Pengaraban (21 kes aktif), Kg Tanjung Kapor (10) dan Kg Landung Ayang (54).
Pada masa yang sama, terdapat sejumlah besar sampel ujian saringan yang masih menunggu keputusan. Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan bersetuju supaya PKPD di Kg Pengaraban, Kg Tanjong Kapor dan Kg Landung Ayang dilanjutkan untuk tempoh dua (2) minggu lagi iaitu bermula 13 November sehingga 26 November 2020.
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGURUSAN SUMBANGAN DAN BANTUAN DARIPADA BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO), SYARIKAT SWASTA, PEMIMPIN MASYARAKAT DAN ORANG PERSENDIRIAN
Kerajaan negeri mengalu-alukan sumbangan daripada semua NGO, syarikat swasta, pemimpin masyarakat dan orang persendirian. Kerajaan Negeri telah membangunkan SOP yang akan diselaraskan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran).
Bagi tujuan tersebut, penyumbang yang berada di negeri Sabah hendaklah memaklumkan Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum penyampaian sumbangan/bantuan.
Manakala, bagi penyumbang dari luar negeri Sabah, sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum penyampaian sumbangan/bantuan.
Bagi penyumbang/individu dari luar Negeri Sabah WAJIB mendapatkan kelulusan khas masuk ke negeri ini sebelum memasuki negeri Sabah daripada Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan. Disertakan SOP Pengurusan Sumbangan dan Bantuan seperti di Lampiran.
BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)
Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar berjalan lancar. Sehingga hari ini, sebanyak 160,962 bakul makanan telah diagihkan.
LAPORAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR), PENGUATKUASAAN PERAIRAN SABAH, SANITASI DAN HEBAHAN UMUM INFO ON WHEELS
Sebanyak 67 SJR telah dilaksana melibatkan pemeriksaan 53,162 kenderaan. Daripada jumlah tersebut, 119 buah kenderaan diarah berpatah balik manakala 30 kompaun dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP COVID-19. PDRM juga telah melaksanakan 69 hebahan melalui kereta peronda. Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP PKPB ialah 97.65%.
Tiga Daerah mencatatkan kadar pematuhan yang tinggi iaitu Kinabatangan (99%), Sipitang (99%) dan Kota Kinabalu (98.63%). Manakala tiga daerah yang mencatatkan kadar pematuhan yang terendah iaitu Semporna (95%), Kota Belud (96%), dan Ranau (96%).
Penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin yang melibatkan 41 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 20 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah telah melaksanakan sanitasi di 12 premis di tujuh (7) buah daerah iaitu Semporna, Beluran, Kota Kinabalu, Penampang, Kota Marudu, Kinabatangan dan Tawau.
Hebahan umum Info On Wheels Jabatan Penerangan Sabah mengenai pematuhan SOP, amalkan 3W, elakkan 3C dan pembudayaan norma baharu telah dilaksanakan di 86 lokasi di 15 buah daerah. Hebahan dibuat dalam empat (4) bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin, Bahasa Kadazan dan Bahasa Bajau.
Kerjasama padu daripada semua pihak amat penting dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.-
#kitajagakita #stayhome #staysafe
#workfromhome
#normabaharu
Sekian.
YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN II
12 November 2020