Pengurusan Health2Sync dapat membantu pesakit diabetes

0
Menyambungkan Fitbit Inspire HR dengan Aplikasi Health2Sync secara sukarela membolehkan peserta kajian memberikan doktor mereka pemantauan maklumat peserta dengan lancar di Platform Pengurusan Pesakit Health2Sync dan menyediakan nasihat perundingan jarak jauh apabila perlu. (PRNewsfoto/Health2Sync)

KUALA LUMPUR: Health2Sync, aplikasi pengurusan diabetes nombor satu di Taiwan dan Jepun, mengumumkan keputusan kajian klinikal mereka di Taiwan, lantas menunjukkan bahawa penggabungan peranti boleh pakai Fitbit dengan Platform Pengurusan Pesakit Health2Sync mereka dapat membantu pengguna mengawal dan mengurus gejala diabetes mellitus Jenis 2 (T2DM).

Dalam kajian berkenaan yang dijalankan dengan empat buah klinikal diabetes yang terkemuka di Taiwan, peserta mencatatkan peningkatan purata yang ketara dalam petunjuk utama, seperti pengurangan HbA1C, glukosa darah berpuasa dan LDL-C, serta kekerapan pengukuran glukosa darah yang lebih tinggi – bukti konsep bernilai bagi  penggunaan peranti boleh pakai Fitbit dengan protokol dan penyelesaian penjagaan diabetes.

Kajian tersebut melaporkan:

  • Purata hemoglobin terglikosilat (HbA1C) menurun 0.33%, manakala pesakit yang melakukan aktiviti intensiti sederhana hingga tinggi dalam tempoh sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, menyaksikan purata HbA1C[2] mereka menurun 0.66%
  • Purata glukosa darah (BG) berpuasa menurun 10.92 mg/dL
  • Purata kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL-C) menurun 11.55 mg/dL
  • Pengurangan berat sehingga 2 kilogram dalam kalangan sebilangan pesakit
  • Peningkatan kekerapan dalam aktiviti intensiti sederhana hingga tinggi sehingga 7.03 kali seminggu dalam kalangan sebilangan pesakit

Kajian tersebut dijalankan sepanjang tempoh tiga bulan dan dilengkapkan dalam bulan Julai 2020 bersama-sama Neng-Chun Diabetes Clinic, Da-Ya Chang-An Clinic, Yier Clinic dan Banqiao Da-Jun Clinic. Kajian berkenaan yang mendapatkan persetujuan pesakit membolehkan doktor pesakit mengesan tahap kemajuan dan perubahan gaya hidup 95 peserta dengan T2DM. Sebelum bermulanya kajian berkenaan, doktor di empat buah klinik tersebut menyediakan penanda aras untuk semua pesakit yang mengambil bahagian berdasarkan ujian glukosa darah pada permulaan ujian, seterusnya pemantauan sendiri mingguan sepanjang tempoh kajian tersebut.

Setiap peserta diberi Fitbit Inspire HR dan peserta bersetuju secara sukarela untuk menghubungkan data peranti boleh pakai Fitbit mereka dengan aplikasi pengurusan diabetes Health2Sync bagi mengesan tahap kemajuan mereka sepanjang program. Data aktiviti fizikal yang dihasilkan daripada peranti Fitbit setiap individu disepadukan ke dalam aplikasi Health2Sync, yang merangkumkan metrik kesihatan yang lain seperti tahap HbA1c, BG dan kolesterol pesakit. Ini membolehkan doktor memantau maklumat pesakit dengan lancar pada Platform Pengurusan Pesakit Health2Sync dan menyediakan nasihat perunding jarak jauh sekiranya perlu.-PRnewswire/BNN