KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Bersatu Sepanggar (Armada), Sdr. Abqaree Fawwaz Abekan menyatakan sokongan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh YB. Fairuz Renddan (Ketua Pemuda Bersatu Sabah) meminta agar mana-mana pihak yang ingin mengeluarkan kenyataan perlulah meneliti serta mengkaji terlebih dahulu isu yang ingin diutarakan agar tidak melukai mana-mana pihak di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menunjukkan politik Anak Muda Sabah telah berubah dan jauh lebih matang.
“Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pemuda BERSATU Sabah, kita menyeruh serta menegaskan agar mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat kestabilan politik Sabah untuk berhenti berbuat demikian. Tindakan kurang bijak ini akan merugikan rakyat.” Kata Abqaree.
“Kerajaan Negeri Sabah hasil kerjasama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibawah pimpinan Ketua Menteri DSP Hj. Hajiji Bin Haji Noor sangat stabil dan mampu memenangi PRU-15 yang dijangkkan diadakan tidak lama lagi. Oleh itu, sebarang usaha menjatuhkan mahupun menggagalkan kesepakatan serta kerjasama gabungan ini merupakan pengkhianatan kepada mandat yang telah diberikan oleh rakyat”, tambah beliau.
Abqaree turut membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Sabah yang menyatakan Bersatu “mencuri” ahli-ahlinya. “Kita perlu tahu semasa UMNO berada di blok pembangkang pada tahun 2018 dan 2019 ramai ahlinya sukarela meninggalkan parti itu menyertai parti-parti di dalam PH. Oleh itu tidak wajar UMNO di semua peringkat menuduh BERSATU “mencuri” ahli-ahlinya.”
Beliau turut menambah “Kalau ketika itu (Tahun 2018-2019) ada ahlinya yang berhijrah ke BERSATU tidak boleh salahkan kami (BERSATU) sebab itu adalah pilihan mereka sendiri. Lainlah setelah persefahaman seperti sekarang telah di buat.”
Abqaree yang juga Exco Pemuda BERSATU Nasional dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU memaklumlan bahawa pihaknya (Pemuda Bersatu Nasional) akan membuat laporan polis terhadap tuduhan yang disifatkan keterlaluan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
“Pihak kami akan membuat laporan polis dan tidak akan teragak-agak untuk membawa perkara ini kemuka pengadilan. Dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan dan melemparkan tuduhan sedemikian rupa. Kita sepatutnya mencari formula untuk memperkukuhkan hubungan bukannya mengeruhkan keadaan.”
“Pandangan peribadi saya, Dia (Asyraf) sebenarnya ingin tunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah “abang besar” ketika ini. Bagi saya dalam keadaan politik semasa, istilah ini tidak lagi relaven lebih-lebih lagi perkongsian kuasa yang diamalkan ketika ini jauh lebih baik kecualilah ada pihak yang dahagakan kuasa demi kepentingan peribadi. “-pr/BNN