KOTA KINABALU: Seorang pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP) dilaporkan telah membuat laporan kepada pihak polis pada tahun 2018 berhubung salah laku dalam Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).
Pegawai itu yang dikatakan orang kepercayaan Ketua Pengarah (KP) LPP, ketika itu, Haji Hamzah Bahari sengaja membuat laporan tidak berasas itu kepada pihak polis bagi menunjukkan seolah-olah berlaku salah laku semasa perlembagaan Nafas digantung ketika itu.
Dalam laporan polisnya, pegawai berkenaan mendakwa Ahli Jemaah Pengarah (AJP), Pengurus Besar (GM), Timbalan GM Nafas dan GM salah sebuah anak syarikat Nafas telah menerima wang dari anak syarikat bersekutu Nafas.
Berikutan laporan itu, pihak polis telah menjalankan siasatan menyeluruh dan mendapati ianya tidak benar, tidak berasas dan tidak menjumpai sebarang bukti salah laku seperti yang dilapor oleh pegawai itu.
Berikutan tindakannya yang membuat laporan mengelirukan kepada pihak polis, pegawai berkenaan dikatakan telah diberikan ganjaran (rewards) oleh Hamzah.
Pegawai itu dilaporkan telah menikmati kenaikan pangkat dan gred jawatan yang tinggi dan kini ditempatkan di negeri Johor.
Tindakan pegawai berkenaan yang sanggup bersekongkol dan membuat laporan tidak berasas berhubung isu itu, sepatutnya dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa kerajaan.
“Pegawai itu sengaja membuat laporan tidak berasas dengan niat jahat terhadap pengurusan Nafas untuk menyokong tindakan KP LPP menggantung perlembagaan pertubuhan itu.
“Membuat tuduhan dan laporan tidak berasas terhadap AJP dan Pengurusan Nafas merupakan perkara yang serius dan ahli-ahli peladang mahu pegawai berkenaan diambil tindakan sewajarnya”, kata Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kinabalu, Datuk Haji Jaimin Samitah.
Katanya, pihak berkuasa wajar mengambil tindakan terhadap pegawai berkenaan kerana pelaku terlibat secara tidak bertanggungjawab membazirkan masa dan tenaga pegawai penyiasat selain membazirkan wang kerajaan semata-mata hendak menyiasat kes yang tidak wujud.
Kredibiliti pegawai ini sekarang di persoalkan? Ada kah betul tindakan KP LPP (Hamzah Bahari) atau pegawai-pegawai lain di LPP itu betul? Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) terutama Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Ketua Setiausaha (KSU) perlu melihat balik perkara ini.
Semasa penggantungan perlembagaan Nafas, semua pengarah LPP ibu pejabat tidak dibawa berunding atau dimaklumkan terlebih dahulu.
Hanya dua orang saja yang mengetahui keputusan itu, iaitu orang paling berkuasa dan segala-galanya di LPP ketika itu, bernama Hamzah Bahari dan kedua ialah Azulita Salim yang kini KP LPP. Pengarah lain langsung tidak ketahui keputusan itu. Perkara ini pernah di sahkan oleh Bakas Timbalan Ketua Pengarah LPP Encik Jumat Haji Lakuba dan bekas pengarah Bahagian LPP yang telah bersara dan beberapa orang Pengarah Bahagian yang masih bertugas. Di mana integriti Hamzah sebagai KP dan Azulita sebagai Timbalan KP ketika Perlembagaan Nafas di gantung? Sebagai sebuah agensi kerajaan yang mendaftar dan menyelia Satu Pertubuhan Peladang Kebangsaan, 14 Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan 276 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dengan keahlian hampir Satu juta orang cukup kah sesuatu keputusan besar di buat oleh 2 orang saja. ?
Difahamkan Hamzah dan Azulita telah melaporkan maklumat yang salah kepada KSU ketika itu, Dr Ismail Bakar dan juga Menteri Pertanian. Sehingga timbul cerita di Nafas banyak “SAMPAH”. Namun sehingga kini tiada orang yang menjumpai sampah yang dimaksudkan.
Ketika itu banyak ketirisan di LPP dan Hamzah telah gunakan Nafas sebagai kambing hitam untuk menutup kesalahan mereka. Berikut adalah senaraikan ketirisan dalam LPP.
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membahas belanjawan 2021 peringkat MAFI pada 2 Disember 2020, mendedahkan mengenai subsidi baja padi yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara (KAN) pada tahun 2018 menyaksikan kerajaan mengalami kerugian ratusan juta ringgit.
Anwar yang memetik laporan Ketua Audit Negara berkata, 7 ribu pesawah yang sudah meninggal masih mendapat subsidi dan insentif berjumlah RM57.9 juta dan yang tidak wujud dalam sistem mendapat subsidi sekitar RM28.9 juta dan nombor Kad Pengenalan diragukan sebanyak RM108.8 juta.
Sementara itu, individu yang membuat laporan mengelirukan boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan,” .-pr/BNN