ZIARAH…. Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn.Bhd Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak mengadakan lawatan di Kota Belud, hari ini dengan aktiviti ziarah prihatin kepada penduduk yang menghadapi masalah kesihatan di Kampung (Kg). Gaur, Kg. Mengkulat, Kg. Tuguson dan juga Kg. Narinang.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Encik Demis Rumanti turut sama dalam aktitivit ziarah itu.

“Semoga semua diberikan kesihatan yang baik dan saya berharap keluarga-keluarga terbabit dapat bertabah dan bersabar dalam menempuhi dugaan ini”, kata Salleh.-pr/BNN