KUNJUNGAN…Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Encik Fairuz Renddan (dua dari kanan) telah menerima kunjungan hormat 3 Ketua Daerah (KD) dari kawasan parlimen Kota Belud di pejabatnya di Kementerian Kewangan Negeri, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), Kota Kinabalu, hari ini.

Mereka terdiri daripada KD Pintasan, OKK Haji Mayur Haji Radim, KD Usukan, OKK Haji Zainal Abidin Haji Md Suod dan KD Kadamaian, OKK Roslan Duraman.

Fairus yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan Negeri meminta Ketua-Ketua Daerah memainkan peranan membantu meningkatkan persefahaman dikalangan rakyat pelbagai kaum di kawasan Kota Belud.-pr/BNN