Kebersihan perlu diutamakan

0
48
Datuk Jainab Ahmad Ayid

KOTA KINABALU: Isu kebersihan persekitaran rumah dan kampung perlu ditangani secara bersama untuk menjamin persekitaran bebas dari pembiakan nyamuk aedes, seterusnya dapat mencegah demam denggi.

Naib Yang DiPertua Pemadam Nasional, Datuk Jainab Ahmad berkata, masalah kebersihan tidak akan selesai atau berjaya sekiranya hanya kelompok atau individu sahaja yang menjaga kebersihan halaman dan rumah mereka.

Beliau berkata sebaliknya masyarakat perlu bersatu hati membersihkan kawasan rumah masing-masing agar serangan demam denggi tidak berlaku.

“Selain persekitaran menjadi bersih, ia juga memupuk perpaduan serta kerjasama antara semua pihak yang terbabit.

“Semua pihak perlu ambil tanggungjawab ini. Sikap mementingkan penjagaan kebersihan termasuk makanan dan persekitaran perlu dijadikan budaya dalam kalangan masyarakat bagi meningkatkan kualiti dalam kehidupan seharian.” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap majlis perasmian penutupan Program Hari Keluarga Wanita UMNO Sepanggar 2018 dengan kerjasama Wanita Umno Sabah, Pemadam Malaysia, DBKK, AADK Sabah dan KOBERA di Teluk Awam Likas II di sini hari ini.

Majlis perasmian penutupan  disempurnakan oleh Ketua UMNO bahagian Sepanggar Datuk Yakub Khan. Kira-kira 200 ahli-ahli keluarga menyertai program sehari tersebut.

Turut diadakan penyampaian sumbangan Tabung Mangsa Tsunami. Hadir sama Ketua Wanita Umno Kota Kinabalu Musliati Moslimin (Pengerusi Sukarelawan Prihatin), Ketua Wanita Umno Kudat Normala Rasik, Naib Ketua Wanita Umno Sepanggar, Aziah Atoh serta ahli-ahli keluarga mereka dan orang awam.

Jainab yang juga Ketua Wanita UMNO Sepanggar menambah aktiviti kemasyarakatan dan amalan hidup sihat seperti ini perlu diadakan secara berterusan kerana ia boleh menjadi platform terbaik mengeratkan silaturahim, kerjasama serta membudayakan penjagaan kebersihan, kesihatan dan keselamatan.

Jelas beliau aktiviti seperti itu tidak boleh diadakan secara bermusim dan perlu diikuti dengan program lain supaya hubungan baik antara masyarakat kekal terpelihara.

“Selain menjaga kebersihan dan kesihatan, ibu bapa juga disarankan supaya memantau dan keselamatan anak-anak mereka ketika berada di luar rumah. Kerana gejala soiala boleh merosak anak-anak tersebut daripada terjebak penagihan dengan najis dadad, syabu atau barang terlarang,” jelas Jainab.

Sehubungan itu, beliau turut mengesa kaum wanita supaya dalam kesibukan bekerja ini tidak mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga kesihatan dan keluarga masing-masing.

Katanya perkara sering berlaku ke atas wanita yang bekerja dan pada masa yang sama terpaksa menumpukan perhatian terhadap rumah tangga. Adalah amat penting bagi kaum wanita mengawasi kesihatan diri dengan menjalani pelbagai jenis pemeriksaan kesihatan, bukan sahaja untuk diri  sendiri tetapi juga ahli keluarga mereka.

Jelasnya adalah amatlah malang kealpaan kaum wanita dalam menjaga kesihatan ini, akan berakhir dengan tragedi yang paling buruk.

Dalam program ini turut diadakan acara sukaneka kategori mewarna untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 10 tahun, musical chair, senamrobik, meniup belon sampai pecah, pertandingan ikat kaki berpasangan, pertandingan model The Mumia Berpasangan, cabutan tiket bertuah serta Pertandingan Memunggut Sampah yang terbanyak.-pr/BNN