BINCANG…..Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Encik Fairuz Renddan (tengah) berbincang dengan

Pengarah Kumpulan Jualan dan Pemasaran Sutera Harbour Resort Group, Puan Elaine Kwan (kanan) berkenaan pembangunan pelancongan di Pulau Mantanani, Kota Belud semasa menerima kunjungannya di Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu, semalam.
Fairuz yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan meminta Sutera Harbour mengambil pekerja-pekerja dari kalangan penduduk kampung setempat dan di Kota Belud untuk bekerja di chalet dan vila yang diusahakan di pulau itu.

“Saya meminta agar penduduk Kota Belud diberikan keutamaan untuk kuota pekerjaan bagi projek ini.

“Dalam perancangan sebuah jeti juga akan dibangunkan untuk tujuan memasarkan lagi sektor pelancongan bertaraf antarabangsa di kawasan ini.

“Semoga usaha pembangunan dan menambah peluang pekerjaan untuk penduduk Kota Belud ini dapat saya realisasikan dengan jayanya”, kata Fairuz.

Turut hadir ialah mantan Pegawai Daerah Kota Belud, Haji Gari Bin Itam, Pengurus Kanan Pemasaran Sutera Harbour, Rosila Anggang dan Eksekutif Jualan, Diana Lyn Nicholle Peddrera.-pr/BNN