Salam sejahtera semua, sebagai langkah proaktif memerangi COVID-19 saya selaku ADUN Usukan mengumumkan Kempen Daftar Vaksin DUN Usukan (KDV Usukan) yang bermula besok.
Kempen ini akan melibatkan kerjasama antara UPPM Usukan dan SSK Centre.
Kita akan selaraskan data pendaftaran dengan pihak berwajib.
Kini kita perlu pikul tanggungjawab dan daftar vaksin untuk komuniti kita. Lindungi diri, lindungi semua.
Semoga usaha ini mendapat sokongan anda.-