KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah di sebuah hotel di Kota Kinabalu, hari ini.
Hajiji merupakan Ketua BPN Bersatu Sabah. Turut hadir ialah Timbalannya, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Setiausaha Kerja BERSATU Malaysia, Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, Bendahari BERSATU Sabah, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif, Setiausaha, Mohamed Razali Razi dan Ketua Penerangan, Khairul Firdaus Akbar.-pr/BNN