KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Parlimen dan Undang-Undang) Dato’ Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di JPM (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Hajiji berkata, pelbagai perkara melibatkan perundangan serta polisi telah dibincangkan dan ditelitikan dalam perjumpaan itu

“Ini adalah bertujuan untuk memastikan sebarang perundangan dan polisi, tidak bercanggah dengan perlembagaan sekaligus menjamin dan memelihara hak rakyat khususnya rakyat Sabah.

“Pihak kerajaan negeri akan sentiasa memastikan setiap polisi atau dasar yang dipinda adalah atas dasar kesejahteraan rakyat terutamanya melibatkan ekonomi negeri dan rakyat.

“Saya percaya dibawah kepimpinan baharu Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, agenda untuk mengembalikan hak-hak rakyat Sabah dan Sarawak bukanlah omong kosong sebaliknya merupakan antara fokus utama kerajaan yang akan ditunaikan”, katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong dan Peguam Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd.Yusof.-pr/BNN

Bincang….Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor (dua dari kiri) mengadakan perbincangan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Parlimen dan Undang-Undang) Dato’ Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (dua dari kanan) dan Menteri di JPM (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Ongkili (kanan) di Sri Gaya, Kota Kinabalu, hari ini.