KOTA KINABALU: KK Christmas Fun Ride & Run (KKCFRR) 2017 bakal berlangsung pada 30 November sempena sambutan Perayaan Krismas Kota Kinabalu (sebelum ini dikenali sebagai Krismas Gaya), tahun ini.
KKCFRR 2017 dianjurkan oleh Majlis Gereja-Gereja Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan orang ramai dan mensasarkan sebanyak 1,500 peserta larian dan 300 peserta berbasikal mengikuti acara ini.
Dalam kenyataan medianya kelmarin, Pengerusi KKCFRR, Roland NG berkata, acara larian dan berbasikal sepanjang 10km ini akan di adakan pada di perkarangan DBKK pada jam 7 malam.
“Para peserta akan dilepaskan dari Perkarangan DBKK, melalui Jalan Bandaran ke Jalan KK bypass dan terus ke Jalan Tun Fuad Stephen (menuju Tanjung Lipat ). Pusingan-U akan dibuat di bulatan Masjid Bandaraya sebelum menghala balik ke garisan permulaan,” katanya.
Yuran pendaftaran bagi setiap peserta larian adalah RM60 sebelum 15 November dan selepas tarikh ini yuran pendaftaran yang dikenakan ialah RM70.
Terdapat yuran istimewa bagi pelajar yang berumur dibawah 18 tahun dan warga emas 60 tahun ke atas. Mereka hanya perlu membayar RM50.
Semua peserta larian akan mendapat baju acara KKCFRR 2017 dan pingat larian istimewa yang menyerupai sebuah bucu bintang. Sekiranya lima pingat individu digabungkan, ia akan menjadi sebuah bintang lima bucu.
Manakali bagi peserta berbasikal, tidak ada yuran yang dikenakan terhadap mereka. Namun peserta berbasikal dikehendaki membeli baju acara KKCFRR 2017 berharga RM30 sahaja. Selain itu mereka juga perlu mempunyai basikal sendiri berserta dengan segala kelengkapan keselamatan di jalan raya.
Untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut, sila hubungi 012-6381208 (Roland), 016-8345359 (Juslia), 019-4958805 (Sylvester), 016- 8333316 (Eleen) or 012-8381208 (Michael).
Pendaftaran secara Online juga ada di laman http://kkchristmasrun2017.epizy.com.
Pembayaran boleh di buat secara online. Pembayar online di kehendaki menghantar gambar bukti transaksi bank melalui watsapp kepada penama-penama di atas. Ikuti perkembangan mengenai acara ini di facebook: Kota Kinabalu Christmas Celebration 2017.
Seperti tahun lepas, sambutan kemuncak perayaan Krismas KK akan diadakan di Padang Merdeka bagi menampung lebih ramai pengunjung pada 11 – 14 Disember.-pr/BNN