KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini
mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di
Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah, di Sri Gaya di sini pada Ahad.

Perdana Menteri tiba di Sri Gaya kira-kira jam 3.15 petang, selepas menghadiri
Program Solidariti Kestabilan & Kemakmuran Negeri Sabah di Kimanis Commercial
Centre, di Kimanis.

Perdana Menteri dalam lawatan sehari ke Sabah hari ini, sebelum meneruskan lawatan
kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan.-pr/BNN