KOTA KINABALU:GRS berpandangan adalah perlu pembentukan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan pada kadar segera untuk memastikan Kerajaan dapat berfungsi sepenuhnya,
khususnya dalam memuktamadkan penggubalan belanjawan untuk tahun 2023.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sabah  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor GRS mengambil keputusan untuk menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Ke-10 dan bersetuju membentuk kerajaan Persekutuan bersama PN dan parti dari Sarawak iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta parti-parti lain yang bersedia
untuk membentuk kerjasama.

Menurut beliau, dia telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin pada 20 November 2022..

“GRS sentiasa komited untuk membawa citra kesatuan demi kepentingan rakyat dan tanah air.”-pr/BNN

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam pertemuan dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin pada Ahad. Pertemuan itu turut disertai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan/Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui; Datuk Armizan Mohd Ali (Papar); Datuk Seri Panglima Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Keningau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang).