KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi India Ke Malaysia, Tuan Yang Terutama
B.N Reddy di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.
Hajiji dan B.N.Reddy mengadakan perbincangan mengenai hubungan dan jalinan
kerjasama dua hala yang lebih rapat diantara Sabah dan India terutamanya melalui
kerjasama perdagangan dan komersial.
Ini merupakan kunjungan hormat kedua B.N.Reddy kepada Hajiji yang juga Menteri
Kewangan Negeri.
Beliau turut menghadiri sambutan ulang tahun ke 75 Sabah Indian Association (SIA) di
Kota Kinabalu pada Ahad lalu.-pr/BNN