Pembentukan jawatankuasa laksana pembangunan luar bandar Sabah

Ewon (dua dari kanan) pada sidang akhbar itu, turut kelihatan Dumi (kanan), Rasinin (tiga dari kanan) dan James (kiri sekali).

0
295
TELUPID: Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Ewon Benedict berkata, pembentukan sebuah Jawatankuasa Bersama membolehkan kerajaan negeri membuat keputusan melaksanakan keperluan pembangunan kawasan luar bandar.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut diwujudkan bersama dibawah kementerian itu dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan.

Katanya jawatankuasa ini bagi menyelaras dan membincang isu-isu yang menjadi keperihatinan rakyat khususnya berkaitan jalan raya, bekalan air dan elektrik luar bandar serta program peningkatan ekonomi membasmi kemiskinan.

Menurutnya jawatankuasa ini sudah mengadakan mesyuarat pertamanya dan diikuti kedua pada minggu depan.

“Pada mesyuarat pertama telah membuat keputusan dari segi pengagihan kouta pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dilaksanakan menerusi Pejabat Daerah.

“Jawatankuasa Bersama telah memberi cadangan kepada kebinet negeri dan kemudian membuat keputusan jumlah PPRT dibina baru dan baik pulih di setiap daerah,” katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat pembangunan daerah Beluran, Telupid, Kinabatangan dan Tongod di sini, kelmarin.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Daerah tersebut bersempena lawatan kerja sehari Ewon ke daerah ini.

Ewon yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kadamaian berkata pembentukan jawatankuasa bersama itu sejajar dengan komitmen kerajaan negeri untuk menentukan pelaksanaan program pembangunan di luar bandar.

Menurutnya ini bagi memastikan pelaksanaan program pembangunan luar bandar khususnya berkaitan keperluan asas mencapat golongan sasaran dan memenuhi permintaan rakyat.

Turut serta dalam lawatan kerja itu, dua Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Rasinin Koutis dan Dumi Pg Masdal; Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Sualim Sanan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut  Datuk James Ratib dan Adun Kuamut Datuk Masiung Banah dan Timbalan Pengarah KPLB (P) Negeri Sabah Christni Alus.-pr/BNN