Aktiviti trilateral maritime patrol di Ess Zone (RV12)

0
34

KOTA KINABALU : Satu pertemuan telah diadakan di Perairan Pulau Taganak dan Sandakan, Malaysia diantara , Kapal TLDM KD SRI TIGA dengan Kapal Tentera Laut Filipina BRP FELIX APOLINARIO kelmarin.

Pertemuan ini di posisi 3 batu nautika Selatan Pulau Taganak, Sandakan dan diadakan pada jam 9.05 pagi, Ogos 16.

Ianya merupakan pertemuan kali ke – 17 untuk aktiviti RV Trilateral Maritime Patrols (TMP) dan yang ke – 12 bagi tahun 2018 yang dianjurkan oleh Maritime Command Centre (MCC) bagi ketiga-tiga buah negara di bawah inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Kedua-dua kapal tersebut telah bertemu serta melaksanakan beberapa aktiviti dalam usaha bagi merapatkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pasukan seperti aktiviti kunjungan hormat, lawatan oleh setiap warga kapal, mengadakan sesi perbincangan dan perkongsian maklumat berkaitan dengan jenayah rentas sempadan seperti aktiviti penyeludupan barang-barang kawalan dan penyeludupan migran dan pati.

Selan itu, skop perbincangan turut merangkumi bagaimana hendak mempersiapkan warga kapal dengan kemahiran ketenteraan di laut dengan bercadang untuk mengadakan beberapa siri latihan di laut.

Antara isu perkongsian maklumat adalah berkenaan aktiviti KFRG/ASG di sempadan perairan Malaysia-Filipina. Pertemuan kedua-dua buah kapal berakhir pada 11.55 pagi dan meneruskan rondaan di perairan masing-masing.-Pr/BNN