TUARAN: Kerajaan negeri meneruskan Pembayaran Insentif Harga Getah berjumlah
RM20 juta kepada pekebun kecil getah, pada tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata kerajaan negeri turut
memperuntukkan sebanyak RM16.35 juta kepada Lembaga Industri Getah Sabah
(LIGS) bagi pembangunan subsektor komoditi getah, dalam Belanjawan 2023 Sabah.

“Melalui pembayaran insentif ini, pekebun kecil diberi tambahan harga getah sebanyak
RM0.25 sekilogram bagi getah kentalan. LIGS turut menyumbang subsidi sebanyak
RM0.05 bagi sekilogram getah kentalan menjadikan jumlah tambahan harga bagi
sekilogram adalah RM0.30.

“Justeru, saya mahu pengurusan dan semua kakitangan LIGS agar terus berusaha
meningkatkan kualiti serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pekebun
kecil getah, terutamanya dalam aspek membangunkan tanah milik pekebun kecil sehingga kepada pemprosesan dan pemasaran getah mereka ke pasaran
antarabangsa.

“Perkhidmatan dan operasi pembelian getah secara terus ke kebun milik pekebun kecil
di mana juga berada diteruskan seperti biasa. Saya percaya LIGS telah dan akan terus
melaksanakan tangunggjawab ini dengan berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
kepada Pekebun Kecil Getah Negeri Sabah di Dewan Sri Sulaman di Tuaran, di sini
pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri Pelanocngan, Kebudayaan
dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai.

Mengenai majlis itu, Hajiji berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan BMT sebanyak
RM69,058,400.00 kepada seramai 86,323 pekebun kecil di seluruh Sabah.

Katanya, bantuan yang diberikan ini, telahpun dinaikkan daripada RM600.00 seorang
sebelum ini, kepada RM800.00 setiap penerima.

“Kerajaan Negeri melalui LIGS akan mengagih-agihkan BMT dan bantuan ini mula dibayar hari ini. Saya memahami bebanan dan kesan masalah yang dihadapi oleh semua pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini, justeru bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka.

“Justeru, sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan peka dengan nasib pekebun kecil getah, kita telah memberikan beberapa bantuan termasuklah BMT pada hari ini sebagai
usaha dan sokongan bagi meringankan beban pekebun kecil getah di negeri ini.

“Kerajaan negeri sentiasa peka dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pekebun kecil dan penoreh getah di negeri ini. Kita sentiasa mencari jalan untuk membantu, kerana pekebun kecil juga terpaksa menghadapi keadaan cuaca yang tidak menentu terutama pada hujung tahun, sehingga menjejaskan pendapatan mereka,” katanya.

Selain faktor cuaca katanya, ketika ini juga industri getah di seluruh dunia termasuk di Sabah turut dilanda penyakit daun luruh getah yang dikenali sebagai PESTA LOP TI-
OP SIS (Pestaloptiopsis).

“Penyakit ini boleh mengurangkan hasil getah sehingga 50 peratus sekali gus akan memberi kesan kepada pekebun kecil getah. LIGS bagaimanapun telah nmengambil
tindakan proaktif secara berterusan bersama agensi lain seperti Lembaga Getah
Malaysia dan RISDA dalam menangani masalah ini,” katanya.-pr/BNN