KOTA KINABALU: Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) menzahirkan ucapan terima kasih dan bangga kerana menjadi sebahagian daripada Keluarga GRS.
Menurut kenyataan yang di keluarkan oleh President nya Tan Sri Liew Yun Fah JP sejak awal lagi PHRS mengambil pendekatan mesra dan menyokong kerajaan atas dasar bersama ke arah memajukan Sabah.
Fokus utama PHRS adalah bergerak di kawasan timur Sabah meliputi Tawau, Kalabakan, Kunak, Semporna, Lahad Datuk dan Sandakan, katanya.
Dalam hal ini, hala tuju PHRS cukup jelas selari dengan GRS, kerana PHRS mahu kekal fokus dengan pembangunan Negeri, bersifat kendiri dan tidak ‘terikat’ dengan campur tangan politik luar.
Menurut belaiu, PHRS yakin dengan adanya gabungan bersama enam parti lain iaitu Gagasan Rakyat (GR, PBS, STAR, USNO, SAPP dan LDP, kita dapat merealisasikan aspirasi parti tempatan seterusnya bersatu ke arah Sabah Maju Jaya.
“PHRS menzahirkan setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Presiden GRS Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Noor, Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, dan barisan kepimpinan GRS Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, Datuk Seri Panglima Dr Jeffy Kitingan, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.”-pr/BNN