KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM),
Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Isnin.
Dr. Mohammad Agus memberi taklimat mengenai peranan dan fungsi J-KOM dan berharap dapat membina hubungan kolaboratif yang baik dengan Kerajaan Negeri menerusi program-program bersesuaian dengan konsep Malaysia Madani di bawah
Kerajaan Perpaduan.
Katanya, elalui kerjasama yang erat antara J-KOM dan Kerajaan Sabah diharapkan
dapat memastikan para pegawai J-KOM Zon Sabah memberi penerangan yang baik
kepada masyarakat di negeri ini.
Turut hadir ialah Setiausaha Politik Hajiji, Haji Abdul Rahman Md. Yakub, Timbalan
Ketua Pengarah (TKP) (Komunikasi Komuniti), Dato’ Ismail Yusop, TKP (Pengurusan),
Encik Zamri Yusoff, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Program, Cik
Kazidi Mohd.Zainuddin dan Pegawai Penyelaras J-KOM Zon Sabah, Dr. Diana Dominic.-pr/BNN