KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka pada Isnin.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin turut
berkenan hadir dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama selain menerima Tabik
Hormat DiRaja.

Terdahulu Hajiji yang tiba pada jam 7.50 pagi disambut oleh Jawatankuasa Penganjur
Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri dan kemudiannya menerima Tabik Hormat
Pasukan Kawalan Kehormatan Utama di pentas utama Padang Merdeka. Antara pengisian sambutan itu ialah acara menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah serta nyanyian Negaraku dan Sabah Tanah Airku, tiupan paluan akhir ” The Last Post” oleh Polis Diraja Malaysia, persembahan khas Angkatan Tentera Malaysia dan tiupan “Rouse”.

Antara yang hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey G.Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Ir.Shahelmey Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M.Yahya, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahid dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, Timbalan-Timbalan Speaker DUN, Datuk Richard Yong We Kong dan Datuk Haji Al Hambra Tun Juhar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr.Haji Safar Untong. Hajiji turut mengiringi Juhar melawat pameran pasukan keselamatan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Muzium dan Arkib Negeri. -pr/BNN