KOTA KINABALU: “Saya berasa terhibur dengan pemimpin DAP Sabah Chan Foong Hin dan Phoong Jin Zhe yang seolah-olah berpura-pura tidak berdaya dalam menerima Darjah Hari Keputeraan Yang DiPertua Negeri Sabah (TYT) sebagai Datuk seolah-olah anugerah yang dihormati itu dipaksakan kepada mereka pada saat-saat akhir.”
Datuk Yong Teck Lee bekas Ketua Menteri Sabah Dalam satu kenyataan berkata nasihat beliau kepada pemimpin DAP Sabah supaya menerima anugerah itu dengan penuh rasa syukur tanpa perlu memikirkan apa yang diperkatakan oleh tuan mereka di Malaya.
“Lagipun, Perdana Menteri sudah pun merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Chan, Phoong dan 10 YB PH yang lain kerana menarik balik kes mahkamah terhadap Kerajaan Persekutuan mengenai hak perolehan bersih 40% Sabah.”
Sementara itu, jika mereka benar-benar tidak dapat menerima anugerah atas sebab apa pun, maka apa yang mereka perlu dilakukan ialah menjelaskan secara sopan kepada Ketua Menteri dan TYT bahawa mereka tidak bermaksud untuk tidak menghormati TYT atau tidak berterima kasih kepada Ketua Menteri.
“Saya bercakap dari pengalaman peribadi sendiri. Sehari sebelum hari lahir TYT (pada 16 September 2000), saya memaklumkan kepada Ketua Menteri ketika itu (Tan Sri Osu Sukam) dan kemudian TYT (Tun Sakaran Dandai) bahawa saya menolak penganugerahan SPDK atas sebab-sebab yang saya maklumkan kepada CM dan TYT.”
“Oleh yang demikian, nama saya telah dikeluarkan daripada senarai untuk diwartakan (Gazette) walaupun buku program Istana untuk raptai telah pun dicetak.”-pr/BNN