KENINGAU: Pertandingan “Manangon” ataupun lebih dikenali sebagai pertandingan bercerita dalam bahasa Melayu, adalah merupakan salah satu acara baru yang
dipertandingkan sempena The Crocker Range Festival Season 6 pada tahun ini.

Dalam satu kenyataan  penganjur Festival Rafie Robert yang juga Pengerusi Persatuan Pelancongan Dan Kebudayaan Keningau, berkata ia beranggapan bahawa pentingnya  memelihara suatu bahasa itu agar ianya terpelihara dan terus digunakan pakai sehingga generasi akan datang.

Bahasa ibunda adalah merupakan satu khazanah yang cukup berharga dan wajar di pertahankan untuk diwariskan kepada generasi akan datang, bak kata pepatah “Bahasa Menunjukkan Bangsa,” katanya.

Menurut beliau, antara objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkilkanak-kanak untuk bercerita dalan bahasa ibunda.

“Selain itu, kita juga dapat memupuk nilai untuk memahami serta mempelajari secara lebih dalam bahasa Kadazan Dusun di kalangan generasi baru. Objektif lain yang cuba diterapkan melalui penganjuran acara ini ialah untuk mempertahankan agar penggunaan bahasa ibunda sentiasa digunakan oleh generasi muda serta memelihara bahasa ibunda agar tidak hilang ditelan zaman. Bagi saya, ibubapa juga memainkan peranan yang sangat
penting dalam mengalakkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa harian untuk berinteraksi dengan sesama ahli keluarga.

“Saya juga cukup berpuas hati pada penganjuran pertandingan ini kerana, walaupun
julung kali diadakan, sambutan penyertaan daripada kumpulan sasar cukup
memberangsangkan yang mana seramai 7 orang peserta bagi kategori tahap 1 dan 8
peserta bagi kategori tahap 2.”

“Pada pertandingan kali ini, adik Alceson Juni telah menjuarai kategori tahap 1 diikuti adik Izzarith Aafiya Bt. MD Yusri tempat kedua dan adik Hasybel Bt Hendry tempat ketiga, manakala adik Holyvera Lasius pula telah menjuarai pertandingan ini bagi kategori tahap 2, diikuti adik Barinlinny Raju tempat kedua dan adik Jasper Vander Joanes tempat ketiga . Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh Encik Mohd. Azri Jaini Jeffrey, Penolong Pegawai Daerah Keningau.”

Secara keseluruhannya, pertandingan ini telah disertai oleh seramai 15 orang peserta.
Pertandingan ini juga telah dilangsungkan pada 24hb November bertempat di Padang
Bandaran Keningau oleh, Puan Christina A. Kodou daripada KDCA Woman Council daerah Keningau.”

“Adalah menjadi harapan saya agar pertandingan seperti ini dapat diteruskan pada
masa akan datang dalam apa jua program dan senantiasa mendapat sokongan
daripada pelbagai pihak samada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.-pr/BNN