KOTA KINABALU: Pada 19 September 2023 Kerajaan Negeri Sabah telah melancarkan pelan SE-RAMP 2040 yang telah digubal oleh ECoS yang bertujuan untuk memastikan bekalan kuasa yang berdaya harap, dengan akses yang saksama dan liputan yang menyeluruh pada harga mampu milik serta memelihara kelestarian alam sekitar selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan kemampanan industri elektrik bagi menyokong pembangunan negeri Sabah.
Antara intipati SE-RAMP 2040 yang menyokong pembangunan TBB adalah seperti berikut:-
a. Penambahan komposisi TBB di dalam campuran penjanaan tenaga elektrik di negeri
Sabah melalui kajian dan pembangunan sumber TBB yang sedia ada dan yang baru;
b. Membangunkan suatu Pelan Induk Pembangunan Hidroelektrik di negeri Sabah melalui
kajian yang kini sedang dilaksanakan oleh ECoS;
c. Sasaran peratusan kapasiti TBB yang telah ditetapkan adalah lebih 50% pada tahun
2035 berbanding dengan 9% pada ketika ini bagi menyokong aspirasi negara untuk
mencapai Negara Neutral Karbon menjelang tahun 2050; dan
d. Menggunakan kelebihan sumber TBB yang banyak serta unik di Sabah seperti kuasa
solar, biojisim, geoterma, kuasa angin untuk dibangunkan sebagai sumber jana kuasa
berskala besar yang mesra alam.
Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ketua Menteri Datukk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor selepas Mesyuarat Khas Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.-pr/BNN