KOTA KINABALU: Kabinet negeri telah meluluskan Polisi Industri Biojisim Kelapa Sawit Negeri Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu
hari ini, beliau berkata kabinet turut memutuskan untuk menggenakan Cukai Jualan
Negeri ke atas ekspot biojisim kelapa sawit keluar dari Sabah sehingga dasar ini
dilaksanakan.

“Ini bertujuan mengawal ekspot biojisim kelapa sawit,” katanya sambil menambah
Enakmen Biojisim (Biomass) Kelapa Sawit Negeri Sabah akan disediakan untuk
mengawal selia industri biojisim kelapa sawit di Sabah.

Pelaksanaan dasar ini akan bermula dalam tempoh dua tahun dari tarikh ianya diluluskan (setelah POIC Sabah Biomass Collection Platform beroperasi sepenuhnya) dan akan dipantau oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.

Hajiji turut memberitahu ketua-ketua jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri bahawa
Jemaah Menteri negeri telah mengambil maklum mengenai tindakan penambahbaikan
pengurusan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) oleh Kementerian
Kerajaan Tempatan dan Perumahan.-pr/BNN