KOTA KINABALU: Sikap pembangkang yang cuba memainkan isu kemiskinan adalah sekadar untuk meraih populariti demi kepentingan politik mereka, kata Datuk Azizah Mohd Dun, Ketua Wanita, Gabungan Rakyat Sabah Kota Kinabalu.
Dalam satu kenyataan beliau berkata, pembangkang terutama warisan seakan-akan sengaja tidak mahu tahu apa yang telah dan sedang dilakukan kerajaan negeri ketika ini.
Mereka menyentuh soal kemiskin tegar, kononnya kita menafikan data Persekutuan dan itu
dijadikan bahan untuk mengelirukan rakyat. Tapi hakikatjya mereka tidak tahu apa-apa, katanya.
“Kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor tidak bising sebaliknya hanya bekerja dan isu kemiskinan antara yang diberi tumpuan,” katanya.
Menurut nya, Kerajaan negeri juga kini sedang melaksanakan pemutihan data Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar seiring komitmen kita untuk menoktahkan kemiskinan di negeri ini. Selain itu, Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) juga telah diberi tanggungjawab untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar dengan melaksanakan usaha dan pelbagai inisiatif ke arah itu.
“Kita tidak menafikan data itu tetapi oleh kerana proses pemutihan sedang dijalankan, sudah pasti jumlahnya tidak lagi sama. Namun, sama atau tidak, berbeza atau tidak (statistik) kemiskinan, itu bukan persoalannya. Ia kerana apa yang lebih penting adalah usaha kita untuk menangani masalah ini. Inilah bezanya kerajaan hari ini dengan pihak pembangkang yang hanya pandai memainkan pelbagai isu demi untuk meraih sokongan rakyat.”
“Justeru, berdasarkan data pemutihan yang sedang dilakukan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU,JPM), jumlah KIR miskin tegar adalah 13,179 setakat Mac 2024. Jumlah ini menurun berbanding seramai 22,510 KIR miskin tegar pada tahun 2023. Ketika ini pemutihan masih berjalan di seluruh negeri. Usaha kita tidak akan berhenti sehinggalah kita mampu menoktahkan miskin tegar.”
“Isu kemiskinan adalah legasi yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu. Ini realitinya dan perlu diterima. Justeru, untuk menoktahkan kemiskinan, ia tidak dapat dilakukan dalam satu malam sahaja. Kita kena menerima hakikat ini. Sebab itu, usaha membasmi kemiskinan sentiasa dan akan terus menjadi satu perjuangan yang diutamakan oleh kerajaan.”
Antara usaha yang diambil Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) termasuklah menyediakan
sebanyak 1,500 buah rumah setiap tahun sebagai inisiatif membantu rakyat yang kurang
berkemampuan, pemberian bantuan modal perniagaan kepada yang memerlukan dan
menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
“Oleh itu saya berharap Ketua Wanita Warisan, Norfaizah Chua agar tidak hanya pandai
bercakap dan cuba mengelirukan rakyat sahaja. Cuba tengok apa yang Warisan buat ketika memerintah sejak 2018 hingga 2020. Apa tindakan untuk tangani kemiskinan.”
Malah, statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jelas menunjukkan kadar
pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah adalah menurun ketika pemerintahan Warisan dengan daripada 1.5 peratus pada 2018 kepada -9.1 peratus pada 2020.
Bagaimanapun KDNK meningkat daripada 1.5 peratus pada 2021 kepada 3.7 peratus pada
2022 di bawah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Justeru, ini jelas menunjukkan bahawa kadar pembangunan yang meningkat sejak GRS ambil alih kerajaan.
“Malah, kerajaan bukan saja berusaha menagani isu kemiskinan tetapi telah berusaha merancakkan pembangunan terutama dalam membawa lebih banyak pelabur datang
ke negeri ini, selain meneroka sumber baharu iaitu menerusi Ekonomi Biru.”-pr/BNN