SANDAKAN: Projek pembukaan Taman Perkuburan Islam Ar-Raudhah Fasa 2 di Batu11, dijangka dapat menampung kira-kira 1000 jenazah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, masalah kekurangan
kawasan tanah perkuburan di negeri ini merupakan isu yang sering diperkatakan,
termasuk oleh masyarakat Sandakan.

“Hasil daripada lawatan kerja meninjau projek pembukaan tanah perkuburan Fasa II
petang tadi, saya dapat melihat kerja-kerja pelaksanaan sedang giat dijalankan dan ia
dapat menampung kira-kira 1,000 jenazah”.

“Taman Perkuburan Ar-Raudhah yang mempunyai keluasan tanah sebanyak 65 ekar
dan setakat ini kira-kira 10 ekar telah dibuka untuk Fasa 1 dan Fasa 2, dengan jumlah
keseluruhan yang dikebumikan di kawasan ini mencecah kira-kira 2,800 jenazah”.

“Taman Perkuburan Islam Ar-Raudhah Batu 11 ini digunakan untuk masyarakat daerah
Sandakan secara keseluruhannya. Ia merupakan satu-satunya kawasan perkuburan
yang dibina dengan begitu sistematik, teratur dan tersusun. Sementara pihak Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) pula telah berjaya menguruskan kawasan itu dengan
begitu baik”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Malam Semarak Kasih Aidilfitri 2024 di Dewan
Serbaguna Masjid Daerah Sandakan pada Isnin. Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Ruslan Muharam.

Hajiji juga menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak,
terutamanya pasukan keselamatan yang tanpa jemu sentiasa menjaga keselamatan
rakyat negeri ini daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir yang tidak
bertanggungjawab.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang berpaksikan rakyat dan mengutamakan
kebajikan rakyat, kepentingan dan kebajikan rakyat Sabah merupakan keutamaan
Kerajaan Negeri pada hari ini.

Justeru katanya, rakyat negeri ini perlu terus mengekalkan keharmonian dan persefahaman kerana kekuatan kita adalah perpaduan, yang merupakan tunjang
kepada kestabilan politik negeri ini.

Beliau mengulangi komitmen Kerajaan Negeri untuk terus melakukan yang terbaik untuk
Sabah dan berusaha menyelesaikan isu-isu berkaitan kemudahan asas dan
infrastruktur seperti bekalan air, elektrik dan jalan yang diwarisi oleh kerajaan sekarang.

“Kita sedang berusaha gigih untuk menangani semua ini demi rakyat dan negeri Sabah
tercinta”, tegasnya.

Sementara itu, ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Badan
Kebajikan Islam Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Dewan Masyarakat Sandakan
pada pagi Isnin, Hajiji mengajak rakyat negeri ini terus mempertahankan perpaduan dan
keharmonian, serta menyuburkannya demi Sabah Tanah Airku.

Katanya, ini penting kerana keharmonian kaum adalah kunci kepada kesejahteraan dan
kebahagiaan, sekali gus menjadi pemacu kepada kemajuan negeri.

Menurutnya, Kerajaan Negeri dibawah pimpinannya telah merintis Hala Tuju
Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) sejurus mengambil alih teraju pemerintahan
negeri bagi memacu pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri.

“Alhamdulilah, usaha-usaha yang kita laksanakan menerusi Hala Tuju SMJ ini sudah
membuahkan hasil. Banyak inisiatif yang dilaksanakan sudah pun memanfaatkan, dan
usaha-usaha ini akan terus diperhebatkan lagi demi kemajuan rakyat dan negeri
Sabah”, katanya.

Hajiji berkata, majlis rumah terbuka Aidilfitri menjadi penyatu kepada masyarakat
berbilang kaum dan agama di negeri ini amnya dan di kawasan Sandakan secara
khususnya.

“Kesatuan dan perpaduan ini melambangkan betapa kita di negeri Sabah menjadi
contoh dan `role model’ masyarakat Madani yang kekal hidup harmoni, walaupun
berlainan fahaman, anutan dan budaya. Ini cerminan kebersamaan yang indah di negeri
Sabah, dimana kita semua sentiasa bersama-sama merayakan apa juga perayaan
sama ada Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Tahun Baharu Cina dan lain-lain perayaan”,
tegasnya.-pr/BNN