KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) menyambut baik ketegasan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu penjawat awam bekerja dengan semangat dan budaya kerja yang baharu.
Pengerusinya, Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata, dengan peningkatan gaji perkhidmatan awam, maka harapan dan aspektasi rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan juga meningkat.
“Justeru rakyat mengharapkan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan kerajaan juga meningkat dan berada di tahap baharu selaras dengan peningkatan gaji yang diumumkan oleh PM.
“Amat bertepatan sekali amaran PM bahawa ketua jabatan yang gagal melaporkan salah laku pegawai bawahannya akan dikenakan tindakan tatatertib, sekali gus menjejaskan peluang kenaikan pangkat”, katanya ketika mengulas ucapan PM pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-19 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Anwar berkata, ada guru besar, ketua jabatan nak jaga imej jabatan, nak jaga imej sekolah, budak itu didera setengah mati tidak dilapor kepada polis.
“Ada ketua jabatan tahu pegawainya punyai kekayaan yang lebih, tidak dilaporkan. Kalau itu terbukti tidak dilaporkan, maka ketua jabatan itu tidak akan dinaikkan pangkat,” katanya.
Anwar turut meminta ketua Jabatan melaksanakan pusingan kerja secara berterusan bagi mengelakkan berlaku kes salah laku dalam kalangan pegawai awam.
“Kita juga harus melihat tentang keperluan untuk memastikan perkhidmatan bagi yang terus kepada rakyat seperti keperluan doktor di hospital dan pegawai polis di lapangan perlu disesuaikan dengan beban tugas hakiki.
“Kalau naik pangkat, naik pangkat dalam bidang tugas mereka, tak semestinya menjadi pegawai tadbir di kementerian baru naik pangkat. Kalau tidak polis yang profesional tinggal di lapangan, doktor yang pakar mesti jaga jabatan, jadi tinggal urusan utama mereka.
“Saya mahu cadangan ini dilaksanakan sebelum Belanjawan 2025 Oktober dan pelaksanaannya 1 Disember 2024,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Sabah yang juga Ahli Jemaah Pengarah, Pertubuhan Peladang Kawasan Beaufort Encik Hashim Diris turut menyokong kenyataan Perdana Menteri dan berharap perkara pernah di timbul kan oleh PPN sabah tentang Pengurus Besar PPN dahulu membuat pendahuluan tunai sesuka hati dan masih berhutang dengan PPN dan tidak datang bertugas dan di tutup oleh ketua jabatan nya (Pengarah LPP Sabah) patut di siasat segera dan di ambil tindakan segera seperti di umumkan oleh Perdana Menteri.
“Saya sebagai pemimpin dalam kerajaan Perpaduan Madali memandang serius perkara ini dan ini lah yang di maksud kan sebahagian penjawat awan yang tidak berintegriti serta tidak bertanggung jawab yang rakyat tidak ingin kan.”
Hashim berkata, PM mahu integriti dan ketelusan ditingkatkan dalam sektor awam bagi membendung masalah ketirisan dan salahlaku pegawai kerajaan.
Katanya, Anwar tentu sedia maklum ada ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan sengaja melindungi dan tidak melaporkan salahlaku pegawainya, berdasarkan aduan daripada rakyat.
“Rakyat mahu ketua dan pegawai kerajaan yang tidak amanah, tidak telus, melakukan salahlaku dan tidak berintegriti dikenakan tindakan tegas termasuk dilaporkan dan disiasat oleh SPRM dan polis”, kata Hashim.-pr/BNN