KOTA KINABALU: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin menyantuni serta menyampaikan sampul raya kepada 50 kanak-kanak dari beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 di Kota Kinabalu, pada Ahad.
Turut mengiringi beliau ialah isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag. -pr/BNN





