KOTA BELUD: Seramai 13 ahli PBS yang setia sejak tahun 1985 diraikan dalam program ringkas sempena majlis perasmian mesyuarat agung cawangan-cawangan dan pelancaran jentera Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tambulion di Pitimungan Tokou Kg Sorob.

Mereka telah dikenalpasti semasa proses penelitian oleh jawatan kuasa PDM di Tambulion. Nama-nama yang telah berjaya disenaraikan sebagai ahli yang setia ialah Michael Tinggiu, Cowboy Mialah, Suganting Mandur, Micheal Anchol, Jubilit Paun, Raisah Latip, Sapilin Tunda, Sebiting (Rejim) Sentim, Pihoi Dusin, Tanggulung Manggom, Mariah Sunduan, Madusa Gundadar dan Butihal Gasatan.

Mereka telah menerima sijil penghargaan dan baju T yang disampaikan oleh Demis Rumanti, Ketua Bahagian PBS M11 Kadamaian.

Langkah mengingati ahli yang setia amat penting bukan sahaja kepada penerima tetapi juga kepada PBS.

Walter Kandayon, Timbalan Ketua Bahagian PBS N11 Kadamaian, berkata “ idea untuk mengadakan penghargaan kepada ahli yang setia timbul melalui kesedaran bahawa mereka amat istimewa dan aset paling berharga dan tidak ternilai kepada parti”.

Mereka adalah antara penyokong tegar, sanggup berkorban dan rela timbul tenggelam bersama perjuangan parti. Kesetian dan pengkhianatan amat sinonim dengan perjuangan parti politik.

Sementara kesetiaan ahli adalah sifat terpuji dan asas kekuatan politik, pengkhianatan pula boleh menghancurkan sesebuah parti.

Hari ini, ahli setia PBS dianggarkan berpuluh ribu dan sudah pasti ia merupakan salah satu faktor kelangsungan PBS, dapat bertahan sejak 1985, Mereka cukup teruji, sanggup terumbang ambing dibadai ombak, bukan pemburu habuan sebaliknya pendokong kental yang sentiasa berada dibelakang, mereka juga merupakan pendokong kepada kejayaan-kejayaan parti terutama perjuangan mempertahankan hak-hak rakyat Sabah dalam MA63.

Menurut Michael Tinggiu, “kami berada dalam PBS sejak ia ditubuhkan pada tahun 1985. Antara sebab kami setia bersama PBS adalah kerana ia sebuah parti berbilang kaum dan konsisten memperjuangkan hak-hak negeri Sabah. Semangat kami kental walaupun kerajaan PBS jatuh pada tahun 1994 selepas peristiwa pengkhianat oleh beberapa Adun yang sangup mejual maruah dan membelakangi mandat rakyat.

Program ini diharap dapat mencipta aura positif terutama dalam usaha untuk meningkatkan motivasi kepada ahli-ahli parti dan menjadi teladan yang positif terutama kepada generasi muda agar terus bersama PBS berjuang untuk rakyat dan negeri Sabah.

Kita juga berharap agar seisi ringkas ini berupaya menghubungkan mesej penting agar PBS menganjurkan program penghargaan yang lebih formal pada masa akan datang.-pr/BNN