KENINGAU: Kerosakan jalan konkrit di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau berjaya dibaik pulih dalam tempoh sehari selepas aduan dibuat pada 22 Ogos lalu.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Keningau bertindak segera susulan rakaman video pendek mengenai kerosakan jalan itu yang tular di media sosial. Kerja pembaikan dimulakan seawal pagi 23 Ogos dan disiapkan sepenuhnya pada petang hari sama.

Tindakan pantas itu mendapat penghargaan masyarakat setempat yang menyifatkannya sebagai bukti keprihatinan Ahli Parlimen Keningau merangkap Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, dalam memastikan keperluan asas rakyat diberi perhatian segera.

“Syabas dan tahniah kepada YB Dr Jeffrey serta pasukan Pusat Khidmat Rakyat yang bertindak cekap menyelesaikan masalah jalan ini,” kata seorang pengguna jalan yang hanya mahu dikenali sebagai Mamai Abui.

Penduduk setempat turut berpendapat bahawa pembaikan segera itu memberi manfaat besar kepada pengguna jalan, khususnya mereka yang bergantung kepada laluan berkenaan untuk urusan harian.

Langkah pantas ini mencerminkan komitmen kepimpinan Parlimen Keningau dalam menyelesaikan aduan rakyat dengan segera serta memastikan keselamatan dan keselesaan masyarakat terus terjamin.-pr/BNN