KENINGAU: Wakil MP Project, Kennedy Kelly, menyampaikan sumbangan kewangan kepada sebuah keluarga di Kampung Tudan Baru bagi membantu kos rawatan seorang pesakit yang sedang menjalani pemulihan selepas pembedahan lutut.

Sumbangan tersebut disampaikan bagi pihak Pengerusi MP Project, Moddy Patrick, kepada Nurianah Jati, ibu kepada Noorshyfika Melvin, yang baru menjalani pembedahan di Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu selepas mengalami kecederaan serius pada ligamen Anterior Cruciate Ligament (ACL) di bahagian lutut.

Menurut Kennedy, bantuan itu diharap dapat meringankan sedikit beban keluarga terutama dalam menampung kos rawatan serta keperluan sepanjang tempoh pemulihan pesakit.

Sementara itu, Moddy dalam kenyataannya turut mendoakan agar Noorshyfika diberikan kesembuhan yang segera serta dipermudahkan proses pemulihannya.

Beliau berkata, usaha membantu golongan yang memerlukan akan terus menjadi keutamaan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat di kawasan Keningau.

“Semoga bantuan kecil ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga yang sedang menghadapi ujian kesihatan,” katanya.-pr/BNN