KOTA KINABALU : Pertubuhan Peladang Negeri Sabah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Abu Bakar bin Gapar atas penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Sabah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K), yang membawa gelaran “Datuk”.
Pengiktirafan ini diberikan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 30 Mac 2026.
Selain itu, penghargaan turut dizahirkan kepada barisan kepimpinan Pertubuhan Peladang Negeri Sabah dan kawasan atas sumbangan serta komitmen mereka.
Seluruh warga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah mendoakan agar beliau terus diberi kejayaan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan.-BNN





