21 peserta rebut gelaran gimpuhut Pesta Magahau 2018

0
Sebahagian daripada 21 peserta Gimpuhut.
KOTA KINABALU: Seramai 21 peserta gimpuhut mewakili 7 zon seluruh Sabah akan bertanding di peringkat negeri sempena kemuncak sambutan Pesta Magahau 2018 yang akan diadakan pada 31 Julai 2018 di rumah panjang puruvan square, Matunggong.
Mereka akan merebut gelaran Gimpuhut Momogun Pesta Magahau Peringkat  Negeri 2018.
Presiden  Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA), Dato Jelani Hamdan berkata, pemenang Johan akan  mewakili SAMORA  ke program World Travel Market ( WTM ) London 2018 bersama-sama dengan Johan Gimpuhut Momogun 2017 yang tidak dapat menyertai program di Paris pada 2017.
Jelani (tengah) dengan sebahagian peserta gimpuhut ditemurama wartawan
Katanya, setiap zon akan diwakili oleh 3 wakil atau Gimpuhut . Ini kerana setiap zon terangkum beberapa daerah atau kawasan.
“Kemungkinan besar buat pertama kalinya kita akan menggunapakai kawasan-kawasan atau daerah semasa kemuncak Pesta Magahau 2018 pada 31 Julai nanti.”
“Sebagai contoh Zon Kudat akan dibahagi kepada Kawasan Tanjung Sabpang Mangazou , Pekan Tomborungus Dan Sikuati.  Tidak semestinya kita gunapakai nama-nama kawasan DUN,” katanya.
“Kita lebih fokus kepada nama-nama yang amat bersejarah kepada bangsa Momogun di masa yang lalu yang perlu diingati dan dihidupkan semula”, katanya dalam satu kenyataan, dekat sini.
Menurutnya, 21 orang wakil ini juga telah menyertai  acara Momogun Model Of The Year 2018 pada 28 Julai 2018  bersempena Sodop Papak Tavasi ( SPT ) atau Gala Nite di Dewan Terbuka Matunggong jam 7:00 semalam.
Puan Hanie Martin isteri kepada Encik Barlus Mangabis – Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan P168 Kota Marudu merangkap Ketua Penyelaras Parti Warisan N4 Matunggong merasmikan SPT.
Cik Vannessa Kimberly muncul sebagai Momogun Model of the Year 2018, manakala Cik Jeanie Tai Set Fhun berjaya merangkul gelaran Momogun Emerging Model 2018 atau Model Harapan Momogun 2018. Cik J Debbie Angellissa pula merangkul dua gelaran iaiatu Sodop Papak Tavasi Best Catwalk dan Momogun Designer of The Year.  Penghargaan khas atau Momogun Model Special Awads diterima oleh Cik Allyssa Endry. Untuk kategori MUA terbaik Cleaviana Frankie yong berjaya merangkul gelaran tersebut.
Untuk acara Mitarab Monurizak Peringkat Negeri pula Encik Terence Asangki muncul sebagai Johan Mitarab Monurizak 2018 . Manakala Ronn Langad dan Arlone Milon masing-masing di tempat kedua dan ketiga pada pertandingan semalam.-Oleh L.S.Kuang/BNN