KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hadir ke Majlis Kesyukuran Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Masjid Negeri Sabah, pada Jumaat.

Tun Musa dan Hajiji turut menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Mufti Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Bungsu @Aziz bin Haji Jaafar.

Sempena program itu, sumbangan khas Hari Pahlawan turut diberikan kepads wakil Persatuan Veteran.

Sambutan Hari Pahlawan 2026 di Malaysia disambut pada 31 Julai 2026 dengan membawa tema rasmi “Mengenang Jasa, Mengukuh Pertahanan”.

Sambutan tahunan itu menjadi platform penting untuk mengenang jasa, keberanian dan pengorbanan pahlawan yang telah mempertahankan kedaulatan negara sama ada pada zaman dahulu mahupun pada masa kini.-pr/BNN