TUARAN: Pembinaan laluan Lebuhraya Pan Borneo Serusup – Pinturu (WP09) sepanjang 20.8 kilometer berjalan lancar, manakala jambatan sepanjang 682 meter yang merentasi Sungai Sulaman dijangka siap pada Disember tahun depan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, diberi taklimat mengenai perkembangan itu oleh Wakil Pegawai Penguatkuasa Theodora Thomas George, semasa lawatan ke tapak projek.
Ketua Menteri meluangkan masa pada Ahad meninjau perkembangan kerja projek Lebuhraya Pan Borneo Serusup – Pinturu bernilai RM465 juta yang dijangka siap pada Julai 2028.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, Datuk Kassim Razali, Pegawai Daerah Ibrahim Terki dan Kontraktor Projek Joseph Yu Sin Kong.-pr/BNN





