Product YUYA terdapat di Mydin

0
246
Pengarah Urusan FLAP, Faris Azmi Abdul Rahman (kiri) ketika mengadakan promosi di Pasaraya Besar MYDIN USJ, kelmarin
Pengarah Urusan FLAP, Faris Azmi Abdul Rahman (kiri) ketika mengadakan promosi di Pasaraya Besar MYDIN USJ, kelmarin

SUBANG JAYA : FELCRA Berhad telah memperluaskan pasaran produk sardin dan tuna berjenama YUYA untuk pasaran tempatan, bermula semalam bagi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa mengutamakan barangan berkualiti dan HALAL.

Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Sri Bung Moktar Radin berkata, produk sardin dan tuna YUYA kini boleh dibeli di 24 rangkaian Pasaraya Besar MYDIN di seluruh Semenanjung, manakala bagi pembeli di Sabah dijangka boleh mendapatkannya di beberapa pasaraya utama mulai awal Disember ini dan di Sarawak pula bermula Januari, depan.

Beliau memberitahu, produk sardin dan tuna YUYA dikeluarkan oleh anak syarikat FELCRA Berhad iaitu FELCRA Livestock & Agri Product Sdn. Bhd. (FLAP) dengan  kerjasama beberapa rakan strategik dari Indonesia dan Filipina.

“Produk sardin dan tuna YUYA  memperolehi Pensijilan HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setelah melalui proses kelulusan yang cukup ketat di peringkat pengilangan serta pembuatannya. Ini  penting bagi menjamin produk berkenaan bukan sahaja berkualiti tinggi, tetapi bersih, suci dan selamat kepada pengguna,” ujarnya yang juga Pengerusi FLAP.

Bung Moktar berkata, produk sardin dan tuna YUYA juga tidak mengandungi sebarang bahan pengawet serta menggunakan ikan-ikan segar tanpa sejuk beku, sebelum di proses di peringkat kilang.

Datuk Sri Bung Moktar Radin

“Dari maklum balas pengguna menerusi beberapa promosi yang dilakukan, mereka mengatakan produk sardin dan tuna YUYA miliki kelainan dari segi rasa, malah tidak berbau berbanding produk lain sedia ada di pasaran. Inilah sebenarnya keunikan YUYA yang bakal menjadi pilihan orang ramai yang sentiasa mengutamakan produk berkualiti tinggi dan dijamin HALAL,” jelas beliau.

Katanya lagi, selain memberi fokus kepada pasaran domestiK, FELCRA Berhad juga berhasrat memperluaskan produk sardin dan tuna YUYA ke pasaran antarabangsa secara berperingkat melalui anak syarikatnya, FELCRA International Venture (FIV), khususnya Hong Kong, China, Jepun, Timur Tengah selain negara-negara ASEAN.

“Kami telah mengadakan promosi di Hong Kong Oktober lalu, dan maklumbalas yang diterima dari beberapa syarikat tempatan di sana cukup memberangsangkan. Produk sardin dan tuna YUYA dijangka menembusi pasaran Hong Kong, bermula Disember ini,” kata Bung Moktar.

Beliau menjelaskan, Pensijilan HALAL yang dikeluarkan JAKIM ternyata cukup menyakinkan beberapa syarikat antarabangsa termasuk di Hong Kong kerana ia memberi pilihan terbaik kepada pengguna  membeli produk berkualiti dan bersih berdasarkan piawaian yang ditetapkan JAKIM.

Kini pelbagai produk berjenama YUYA mampu bersaing di pasaran tempatan dan antarabangsa seperti  Tuna Sambal Pedas (Spicy Chili); Tuna Rendang (Spicy Coconut Gravy); Tuna Sos Bawang Berempah (Spicy Onion Sauce); Sotong Goreng Bercili (Squid Fried Chili); Perencah Tuna (Tuna Seasoning); serta Perencah Ikan Masin (Salt Fish Seasoning), selain Sardines (in Tomato Sauce) dan Sardines (In Tomato Sauce With Chili Added).-pr/BNN