Puisi-Dunia Fantaliti

0
248

 

Saat hujan turun
di bulan november dahulu
kita menulis kenangan
di petak-petak sawah
kita mengukir memori
di sungai, tasik dan tali air

Dunia yang penuh imaginasi
dan coretan kenangan
sekumpulan kanak-kanak hingusan
sebuah alam fantasi
yang terfikir akan mampu digapai
namun dunia realiti mengekang

Sekarang kau dan aku dewasa sudah
kita melepasi dunia riang kanak-kanak
lewati usia remaja penuh godaan
dan jiwa berontak ingin bebas

semua kenangan dan fantasi
kita biar pelan-pelan lesap
di jalan beraspal
dan di bawah timbunan konkrit
dikuburkan oleh kemodenan.

ALOYINDRA
Puchong
161117