BERSATU Kota Kinabalu tingkatkan gerak kerja

0
Kenangan..... barisan ahli jawatankuasa Pimpinan Penaja BERSATU bahagian Kota Kinabalu Datuk Hj Faisyal Yusof Hamdain Diego (empat dari kiri), Mohammad Bahrin Abd Karim (tiga dari kanan), Mohd Faizal Saidi (tiga dari kiri), Salmi Sarinoh (kanan sekali), Datuk Ruhsimah Zakaria (dua dari kanan), Mohd Fakhruz Zaman Datuk Seri Dr Hj Arsit (belakang berdiri dua dari kiri), Johann Joseph Diego (belakang tiga dari kiri) dan Rena Kashelda Yusof (belakang empat dari kiri).

KOTA KINABALU: Mesyuarat Penaja Parti Pribumi BERSATU bahagian Kota Kinabalu telah mengadakan mesyuarat semalam antara lain membincangkan gerak kerja parti serta penubuhan cawangan-cawangan di Parlimen Kota Kinabalu.

Ketua Penaja Bersatu bahagian Kota Kinabalu, Datuk Hj Faisyal Yusof Hamdain Diego berkata, ahli jawatankuasa Pimpinan Penaja bahagian Kota Kinabalu telah bermesyuaratr selepas menerima watikah lantikan sebagai Ketua Penaja bahagian.

“Bersatu Kota Kinabalu telah melanti Timbalan Ketua bahagian Mohammad Bahrin Abd Karim, Naib Ketua bahagian Mohd Faizal Saidi, Ketua Penaja Srikandi, Salmi Sarinoh, Ketua Armada Mohd Fakhruz Zaman Datuk Seri Dr Hj Arsit, Setiausaha bahagian Johann Joseph Diego, Penolong Bendahari bahagian  Rena Kashelda Yusof dan Ketua Penerangan bahagian Datuk Ruhsimah Zakaria serta lima ahli jawatankuasa bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusi Mesyuarat Penaja BERSATU bahagian Kota Kinabalu di sini semalam.

Jelas Faisyal, PPBM adalah wadah perjuangan terbaik kepada rakyat Sabah dan sokongan yang lebih padu perlu diberikan demi kebaikan kita semua.

Tambah beliau Ketua Penaja Srikandi Bersatu bahagian Kota Kinabalu telah pun menerima surat lantikan daripada Ketua Srikandi BERSATU Malaysia, Datuk Seri Rina Harun di Tuaran Khamis lalu, sementara itu,  Ketua Armada BERSATU bahagian Kota Kinabalu akan menerima watikah lantikan dijangka hari ini daripada Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Beaufort.-pr/BNN