Anggota Srikandi perlu bekerja keras

0
Redonah (duduk lima dari kiri) dan Aminah (duduk tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa Srikandi Bersatu Kota Marudu di Kota Marudu semalam

KOTA MARUDU : Setiap anggota Srikandi diharap tidak berasa selesa dengan pencapaian yang ada sebaliknya terus bekerja keras bagi mendapat keyakinan dan sokongan rakyat.

Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah, Dato Redonah Bahanda berkata Bersatu baru menjadi kerajaan tidak sampai sepenggal dan mesti bersaing dengan gerakan pembangkang yang pelbagai di luar sana

Beliau berkata ahli Srikandi akan berdepan dengan perubahan semasa yang cukup mencabar. Perubahan yang berlaku ini kita dapati bukan sahaja melibatkan perubahan strata sosial. . Setiap gerak kerja perlu dilakukan secara komited dan konsisten.

Jelasnya malah lebih membimbangkan ialah perubahan dari segi pola dan kecenderungan pemikiran rakyat yang menjurus kepada budaya politik kebencian.

“Kita juga perlu sentiasa berpegang kepada prinsip bekerja sebagai satu pasukan dan bukan bergerak secara sendiri-sendiri.

“Tanpa pasukan yang mantap tidak mungkin kita mampu melaksanakan gerak kerja dengan baik. Begitu juga tanpa pasukan tidak mungkin kita dapat menahan asakan-asakan parti lawan yang sentiasa cuba mencari kelemahan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perjumpaan dengan Pengerusi Zon 1 dengan ahli jawatankuasa Srikandi Bersatu Kota Marudu semalam.

Hadir sama sama Pengerusi Zon 1, Datuk Aminah Ambrose yang juga Ketua Srikandi Bersatu Kudat, Timbalan Setiausaha, Fahzean Mohiddin, Timbalan Ketua Penerangan. Halizah Din, Timbalab Ketua Srikandi Bersatu Kota Marudu, Jainah Angai, Timbalan Ketua Srikandi Bersatu Kudat, Norlizah Datuk Gurahman serta ahli-ahli Srikandi Bersatu Kota Marudu.

Menurut Redonah ahli Srikandi perlu bersama-sama berusaha mengukuhkan parti dengan mengukuhkan diri terlebih dahulu.

Katanya dengan tingkatkan iman dan ketaqwaan, kerana dari situlah bermulanya titik-tolak survival perjuangan parti kita Bersatu. Jadikan perjuangan ini suatu jihad yang amat bermakna bagi setiap diri kita.

“Setiap kita mesti menjadi ejen perpaduan dalam kalangan rakyat. Kita perlu mendekati mereka untuk menyatu dan sentiasa mengajak ke arah kebaikan. Elemen yang penting ialah kita perlu terus memperkasa gerak kerja memberi penerangan kepada kumpulan sasaran. Segala dasar dan perancangan parti perlu diketahui oleh ahli akar umbi.

“Kepercayaan dan sokongan yang dicapai oleh Bersatu hari ini bukan sesuatu yang datang dengan mudah. Tidak ada lampu ajaib untuk digosok yang membolehkan sesuatu sokongan berlaku dalam sekelip mata,” tambahnya.

Redonah yang juga Ketua Penaja Srikandi Bersatu Kota Marudu menegaskan kehadiran Bersatu di Sabah bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dan merebut mana-mana jawatan.

“Kemasukan Bersatu ke Sabah bukan sahaja perlu tetapi tepat pada masanya kerana rakyat Sabah sedar bahawa menyertai parti itu akan memberi manfaat kepada Sabah dan rakyat dalam banyak aspek, terutama dalam menstabilkan ekonomi negeri.

“Kehadiran Bersatu di Sabah untuk menguatkan kerajaan, bukan menentang kerajaan negeri yang dipimpin parti Parti Warisan Sabah, lagipun PH menerima WARISAN dalam kerajaan dan untuk membantu kerajaan negeri,” katanya.-pr/BNN