KEDAH: Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Dato Mazlan Aliman kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan semasa sidang akhbarnya di Alor Setar, baru-baru ini.
Pengerusi PPN Kedah, Datuk Abdul Lateh Mohd Saman mempersoalan kenyataan Mazlan yang mendakwa Pertubuhan Peladang bersetuju dengan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019.
“Bila kah Pertubuhan Peladang (PP) bersetuju dengan pindaan ini kerana saya terlibat dengan semua peringkat kepimpinan peladang iaitu Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Pengerusi PPN dan Pengerusi PP Kawasan.
“Sebenarnya pindaan ini tidak pernah dirujuk dan diminta pandangan dari pengguna peraturan iaitu Pertubuhan Peladang seperti yang didakwa oleh Mazlan.
“Mesyuarat Agung PPN yang membantah pewartaan itu adalah bukti rasmi oleh Peladang Negeri Kedah kepada kerajaan.
“Kami juga sedar pewartaan ini tidak boleh diubah, tapi kami menganggap ianya bukan Quran.
“Manakala pewartaan ini pula telah melanggar peraturan kerana tanpa mendapatkan pandangan dari PP sebagai pengguna terlebih dahulu”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rentetan daripada itu Abdul Lateh berkata, pihak Pertubuhan Peladang juga memohon perintah mahkamah kerana pindaan peraturan Ini lebih berbentuk paksaaan.
“Persoalan sekarang ialah sama ada suara peladang di akar umbi telah didengari oleh Menteri atau tidak?
“Usul telah dibuat oleh PPK-PPK sebelum ini supaya pewartaan Perataran-Peraturan (Pindaan) 2019 ini dimansuhkan. Malah lebih dari itu, PPN seluruh Malaysia telah mengatakan tidak setuju dengan pewartaan ini”, tegasnya.
Beliau menegaskan, “adakah mesej ini tidak sampai kepada Menteri? Surat juga telah dihantar kepada Perdana Menteri (PM) dan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) PM yang telah meminta agar diambil tindakan oleh Menteri. Tetapi hingga sekarang masih belum mendapat respon dari Menteri. Begitu juga dengan surat yang telah dihantar kepada Menteri juga tidak dilayan”.
“Saya menyokong penuh kenyataan bekas menteri, Tan Sri Dr. Rais Yatim, orang yang lama dalam politik dan seorang pengamal undang-undang yang dihormati serta pernah menjadi Menteri Undang-Udang. Sudah tentu beliau telah mengkaji dengan mendalam tentang prinsip perundangan yang diputuskan di Negara Ini.
“Sudah tentu keadilan sosial menjadi keutamaan dalam menggubal sesuatu peraturan. Janganlah menganggap perwakilan yang hadir semasa Mesyuarat Agong PPN Kedah yang telah menolak pewartaan tersebut boleh dicucuk hidung.
“Petani hari ini juga dapat menilai hasrat Menteri untuk campur tangan politik dalam Pertubuhan Peladang. Sedangkan kami adalah badan bebas yang dianggotai oleh semua parti politik tapi bersatu dibawah satu perjuangan iaitu membela nasib peladang”, tegasnya.
Sehubungan itu beliau yakin isu itu hanya dapat diselesaikan dengan adanya campur tangan oleh PM sendiri.
“Kita melihat Menteri Pertanian sendiri mendapat nasihat yang salah daripada mereka yang berada di sekelilingnya. Kementerian Pertanian kini dilihat lebih kepada sarang Amanah berbanding Kementerian Pertanian.
“Saya bercakap berdasarkan pandangan daripada ahli peladang di akar umbi. Masalah peladang sebenarnya tidak terbela dengan jatuhnya harga komoditi, harga imput yang tinggi, subsidi dipotong sehingga masalah petani semakin bertambah.
“Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah masalah politik yang telah diberi keutamaan dan bukannya masalah petani. Hakikatnya pada masa kini pendapatan petani semakin menurun, sedangkan kos sara hidup semakin meningkat.
“Ingatlah kesabaran petani juga ada hadnya. Petani selama Ini mempunyai pertubuhan peladang untuk menyalur dan meluahkan perasaan mereka.
“Saya juga tidak mampu menghalang kehendak perwakilan semasa mesyuarat agung itu, malah ketupusan tersebut bukan boleh diatur oleh mana-mana pihak. Itu merupakan suara hati peladang di peringkat akar umbi”.
“Sistem pemilihan yang dibuat oleh peladang sangat ketat. Meraka mesti dicalun oleh peringkat unit kemudian dipilih di peringkat PPK berdasarkan jumlah ahli. Ini bermakna perwakilan yang hadir merupakan pemimpin yg benar-benad berkualiti dan dapat menilai baik buruk sesuatu peraturan yang dibuat oleh kerajaan”, tambahnya.-pr/BNN