KOTA KINABALU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah merasmikan Majlis Reunion Kelab Alumni Kent di Dewan Hone Kent, Maktab Perguruan Kent, Tuaran pada Rabu.

Hajiji (duduk, tengah) bersama pemimpin dan ahli Kelab Alumni Kent.

Hajiji berkata, Maktab Perguruan Kent merupakan antara maktab perguruan tertua di negeri ini, telah berjaya melahirkan ribuan guru dan pendidik sejak ditubuhkan dan mereka telah berjasa dalam mendidik dan melahirkan anak bangsa yang berpendidikan.

Beliau yang juga Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, jasa dan pengorbanan para pendidik dan guru sentiasa diingat dan dikenang oleh anak-anak murid dan juga masyarakat.

“Sebagai guru atau pendidik merupakan kerjaya yang paling hebat kerana berjaya melahirkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan. Semua masyarakat kita lahir daripada didikan guru”, kata Hajiji yang menyanjungi dan menghargai jasa dan sumbangan guru serta pendidik pendidik.

Menurutnya, pesara guru dan pendidik tetap dapat menyumbang kepada negara dan masyarakat menerusi khidmat nasihat dan perkongsian pengalaman yang berguna kepada anak bangsa.

Turut hadir ialah Pengerusi Induk Kelab, Haji Pengiran Ali Pengiran Jumaat, Pengerusi Pengelola Reunion Kent, Haji Ali Akhbar Kawi dan Prof. Dr. Harun Pudin.-pr/BNN

Hajiji (tengah) bersama pemimpin Kelab Alumni Kent memotong kek di majlis itu.