Tuduhan AJP pertubuhan peladang salahguna duit zakat serius

0
Datuk Haji Jaimin Samitah
Hashim Diris

WESTON : Benarkah salah satu sebab Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) digantung pada tahun lalu kerana Ahli Jemaah Pengarahnya (AJP) menyalahgunakan duit zakat pertubuhan itu?

 Dalam beberapa siri perjumpaan bersama Pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) , Ketua Pengarahnya  (KP), Haji Hamzah Haji Bahari dan Timbalan KP, Puan Azulita Salim ada menyebut perkara berkenaan.
Sehubungan itu AJP Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beaufort, Encik Hashim Diris meminta KP LPP, dan TKP memberi penjelasan berhubung tuduhan mereka.
“Ini adalah tuduhan yang serius kerana ia memberi bayangan (persepsi) dan implikasi bahawa AJP NAFAS “makan duit zakat”  “, katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, setahunya berdasarkan prosedur,  duit zakat yang dikeluarkan oleh NAFAS akan diagih-agihkan kepada setiap Pertubuhan Peladang Negeri (PPN).
“PPN kemudiannya akan menentukan cara pengagihannya kepada asnaf-asnaf yang patut menerimanya.
“Asnaf-asnaf ini pula ditentukan oleh PP Kawasan. Justeru tuduhan KP & TKP LPP itu adalah tidak berasas” , tegasnya.
Hashim turut mencabar KP dan TKP BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN jika mereka tidak menyebut demikian.
Katanya,  tindakan mereka itu telah memalukan AJP NAFAS. Berikut adalah nama- nama mereka yang pernah menjadi AJP NAFAS.
1. Datuk Seri Saipolbahari bin Suib
2. Datuk Mohd Nazri bin Abdullah
3. Dato Ibrahim bin Jahaya
4. Dato Ali bin Shikh Ahmad
5. Dato Mustaffar Kamal bin Ab Hamid
6. Datuk Sylvester Entri Muran
7. Dato Ramli bin Norani
8. Dato Abd Lateh bin Mohd Saman
9. Dato Ismail bin Umar
10. Dato Wan Zakaria bin Abdul Rahman
11. Allahyarham YM DS Dr Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar
12. Dato Zubir bin Zabidi
13. Dato Shahanim bin Mohd Yusoff
14. Dato Mohd Sabri bin Alwi
15. Datuk Hamzah bin Kassim
16. Dato Ahmad Mukhriz bin Ahmad Fuad
17. Tuan Haji Ahmad Zaharan bin Ibrahim
18.Dato Nadzri bin Ismail.
19. Dato Nazilah bte Abd Latif
20. Dato Mohd Salim bin Sharif@Mohd Sharif
21.  Datuk Yussof bin Mohammad
22.  Datuk Abu bin Pit
23. Datuk Abd Aziz bin Derashid
24. Dato Ahmad Bhari bin Abd Rahman
Sementara itu, Pengerusi PPK Kinabalu, Datuk Haji Jaimin Samitah berkata, setahunya setiap tahun selain AJP NAFAS, PPN juga diagihkan peruntukan zakat sebanyak RM50 ribu dan setiap PPK dari seluruh negara juga diagihkan sebanyak RM15 ribu untuk diagih-agihkan kepada asnaf yang berhak di negeri dan kawasan masing-masing.
“Dengan tuduhan KP dan TKP LPP itu bererti semua peringkat AJP di seluruh negara  turut terlibat  sama.
“Tuduhan ini jika tidak benar, dengan segala hormatnya KP dan TKP LPP diminta bersumpah dengan Al-Quran untuk menafikan nya”, katanya.
NAFAS telah memperkenal pengagihkan Zakat perniagaannnya melalui AJP NAFAS, AJP PPN dan AJP PPK setiap tahun.
“Jika KP dan TKP LPP menuduh AJP salah guna duit NAFAS,  adakah mereka berdua maksudkan semua AJP di NAFAS atau semua AJP di 14 buah PPN atau di semua AJP PPK di semua PPK sebanyak 276 buah di seluruh negara?
“Atau tuduhan mereka menjurus kepada seseorang AJP ? Oleh sebab tuduhan ini serius maka mereka berdua perlu bersumpah dengan AL-QURAN bagi membuktikan tidak bercakap demikian”, tegasnya.
Beliau berkata,  pegawai-pegawai penyiasat LPP yang diarah menyiasat NAFAS juga perlu tampil bersama-sama Hamzah dan Azulita bersumpah dengan AL-QURAN dalam perkara ini.
“Jika mereka tidak berbuat demikian, maka benarlah mereka menyatakan demikian (tuduhan salahguna duit zakat).
“Sebagai pemegang saham PP, kami berhak tahu semua ini. NAFAS dimiliki oleh 14 buah PPN, manakala PPN di miliki oleh semua PPK dalam negeri PPN itu berada.
“PPK pula dimiliki oleh ahli-ahli individu di setiap PPK dengan membayar saham. KP LPP hanya sebagai Pendaftar dan tidak perlu membayar saham”, tegas Jaimin.-pr/BNN